Melaka Destinasi Makanan Selamat Dunia


Safe Food Expo 2015

SAFE FOOD 2015 adalah sebuah ekspo Antarabangsa anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Keselamatan Makanan Malaysia (MAFSA) yang mempamerkan pelbagai produk makanan selamat dan industri sokongan berkaitan keselamatan makanan. SAFE FOOD 2015 menawarkan peluang kepada pengusaha industri makanan mempamerkan produk serta kekuatan syarikat mereka dalam mengharungi cabaran pengguna yang semakin prihatin dalam aspek pemilihan makanan.

Mengapa?

  1. Berupaya merapatkan hubungan di antara pengguna dan produk pengilang
  2. Bagi menyampaikan maklumat berkenaan makanan selamat kepada pengguna
  3. Peluang meluaskan pemasaran di peringkat tempatan dan antarabangsa
  4. Memberi informasi kepada pengilang yang masih belum mempunyai Program Jaminan Keselamatan makanan (PJKM)

Siapa?

Swasta

  • Pengilang Multinasional
  • Enterpris Makanan Kecil & Sederhana (EKS)
  • Rangkaian Francais dalam Industri Makanan

Industri Sokongan

  • Kawalan Makhluk Perosak
  • Perkhidmatan Makmal Analisis Makanan
  • Peralatan & Mesin Industri Makanan
  • Bahan Kimia & Sanitasi
  • Kelengkapan pekakasan dapur

Kerajaan & Perkhidmatan

  • Syarikat Perunding Keselamatan Makanan
  • Universiti & Institusi (R&D / Inovasi)
  • Badan Berkanun
  • Agensi Pembimbing
  • Bank Pembiaya

Bila & Dimana?

Tempat : Angsana Johor Bahru Mall
Tarikh : 18-20 September 2015 (Jumaat-Ahad)
Pameran : Shell Scheme Booth (1.5m x 3m)

   
No
Keterangan
Format
Saiz
Tindakan
1
Prospektus Safe Food 2015
Format PDF
664kB
 
Untuk membuka fail di atas, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader