Melaka Destinasi Makanan Selamat Dunia


Hab Makanan Selamat Melaka

Dalam memastikan produk makanan yang dihasilkan adalah selamat, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan pelbagai dasar, skim pensijilan dan aktiviti pendidikan yang memberi penekanan kepada semua pihak yang terlibat dalam industri makanan di Melaka.

Hab Makanan Selamat Melaka adalah projek inisiatif untuk menjadikan keseluruhan Negeri Melaka sebagai Hab Makanan Selamat. Melalui projek ini, premis-premis makanan akan dipantau oleh agensi pembimbing serta penguatkuasa bagi memastikan produk makanan yang dihasilkan dari Negeri Melaka adalah berkualiti, bersih dan selamat untuk dipasarkan serta mematuhi standard antarabangsa.

Di samping itu, Kementerian Kesihatan Malaysia turut menawarkan skim pensijilan MeSTI, GMP dan HACCP, GMP bertujuan untuk memenuhi aspek keselamatan serta kualiti makanan seterusnya membawa negeri Melaka sebagai Destinasi Makanan Selamat Dunia.

Perancangan kami 
  • Pemantauan keselamatan makanan ke atas produk dan premis pengeluaran
  • Kajian dan penyelidikan yang dapat memberi manfaat kepada pengusaha dan industri makanan
  • Nasihat pelabelan makanan berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985
  • Mewujudkan rujukan bahaya dalam makanan mengikut kategori produk

 

MeSTI

Skim Pensijilan “Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)” adalah satu skim yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M). Skim Pensijilan MeSTI adalah merupakan hasil penambahbaikan dari SK1M bagi memudahkan enterpris makanan terutamanya Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) untuk memenuhi keperluan-keperluan yang diperuntukkan dibawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Kelebihan
  • Memenuhi keperluan perundangan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009
  • Mendapat kemudahan pengeluaran Sijil Penjualan Bebas.
  • Memudahkan pemasaran produk di pasaraya besar.
  • Bimbingan pemeriksaan pelabelan makanan
  • Membantu pihak EKS dalam menyertai Program Pembangunan di bawah SME Corp.
  • Logo MeSTI diberikan secara percuma kepada setiap enterprise yang mendapat pensijilan kali pertama.
 

GMP

 

Skim Pensijilan Amalan Pengilangan Baik 

Amalan Pengilangan Baik(GMP) adalah satu kawalan unggul ke atas persekitaran, premis, spesifikasi bahan mentah dan kawalan proses bagi memastikan produk yang dihasillkan adalah bersih dan selamat,. Pada amnya, premis yang menuju atau mempunyai pensijilan GMP telah pun memenuhi kehendak Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pensijilan GMP diberikan pada premis pengeluaran makanan bagi mengawal pencemaran ke atas makanan. GMP adalah program prasyarat kepada pensijilan HACCP. Skim ini bertindak sebagai sebahagaian dan batu asas kepada sistem HACCP yang efektif.

 

HACCP

Skim Pensijilan HACCP

Analisis Bahaya Titik Kawalan Kritikal (HACCP) merupakan program jaminan unggul ke atas produk makanan yang dihasilkan bagi memastikan produk makanan tidak mempunyai bahaya tertentu. Program jaminan ini adalah penting dalam mengenalpasti, menilai dan mengawal ancaman yang menyebabkan bahaya kepada keselamatan makanan yang terdiri daripada bahaya kimia, fizikal dan biologikal pada titik-titik penghasilan makanan.

Kelebihan

  • Meningkatkan keselamatan makanan serta menambahbaik kebolehpasaran makanan yang dihasilkan daripada premis makanan yang telah diiktiraf.
  • Mempromosikan penerimaan produk di dalam dan luar negara.
  • Memenuhi keperluan keselamatan makanan serta permohonan Approval Number bagi pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke European Union
  • Membantu memudahkan  pihak industri dalam mendapatkan Sijil Kesihatan dan Sijil Penjualan Bebas.