Melaka Destinasi Makanan Selamat Dunia


Program Riang Ria KPDNKK

Bagi meringankan beban rakyat dalam menjalani hari lebaran yang bakal tiba, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menganjurkan Program Riang Ria bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa, Melaka (MiTC) selama tiga hari bermula dari 5-7 Jun 2015.

Program Riang Ria yang bertemakan “Jom Beli Barang Raya” ini merupakan inisiatif kerajaan dalam menyediakan satu platform untuk memperkasakan ekonomi Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) serta membantu merancakkan kegiatan ekonomi domestik semasa musim perayaan. Selain itu, matlamat utama program seperti ini untuk meringankan beban pengguna sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan menghimpunkan syarikat-syarikat yang menjual barang keperluan bagi musim perayaan terus dari pembekal dan pengeluar tempatan. Jualan produk yang  melibatkan pakaian dan aksesori, perabot dan kelengkapan rumah, makanan dan minuman, elektrik dan elektronik, kosmetik dan tidak lupa juga penglibatan agensi-agensi kerajaan dan kementerian seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM).

Penglibatan JKNM, dalam program kali ini lebih tertumpu dalam mempromosikan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM), MeSTI dan khidmat nasihat kepada pengusaha - pengusaha kilang Makanan. Selain itu, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka juga turut mempromosikan kebersihan makanan dalam kalangan pegunjung.
Program Riang Raya ini dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan turut hadir bersama YB Dato’ Sri Alias Bin Hj Ahmad, Ketua Setiausaha KPDNK. Selain Negeri Melaka yang menjadi lokasi bagi zon selatan, program ini juga berjalan serentak di seluruh negara iaitu di Pulau Pinang (zon utara), Kuantan, Pahang (zon timur) dan Kota Kinabalu, Sabah (zon Sabah).

oleh Wafi