Melaka World Authentic & Safe Food Destination


Melaka Safe Food Hub Seminar & Empowering Safe Food Entrepreneurs Workshop 2015

Empowering Safe Food Entrepreneurs workshop organized by Melaka State Health Department was designed for Small & Medium Enterprise (Food Industries) in Melaka to strengthen the food safety assurance system. This workshop was held on the following dates ;

Date : 18-20th May 2015
Venue: Wana Riverside Hotel Melaka

This workshop was participated by many agencies, industries as well as experties in food safety and management. The main objectives were to educate the Small and Medium Enterprise about food safety assurance system and its importance in the industries. The conference and workshop organized   was a very helpful event in introducing and implementing the food safety aspect in food industries as well as to make Melaka as a World Safe Food Hub.

SEMINAR MELAKA-HAB MAKANAN SELAMAT & BENGKEL MEMPERKASA USAHAWAN MAKANAN SELAMAT 
 
MELAKA 20 Mei- Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) Melaka telah menganjurkan satu Seminar Melaka Hab Makanan Selamat dan Bengkel Memperkasa Usahawan Makanan Selamat bertempat di Wana Riverside Hotel, Melaka.
Seminar selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Mei 2015 tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Datuk Dr Ghazali Bin Othman. Hadir sama, Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Melaka, En. Fazli Rizal Ismail.

Seminar Melaka Hab Makanan Selamat yang julung kali diadakan ini merupakan salah satu aktiviti bagi menyokong inisiatif Melaka Destinasi Makanan Selamat Dunia (MDMSD) dan bertujuan memberi pendedahan kepada pengusaha kilang makanan mengenai Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri).

Seramai 128  peserta dari Perusahaan Enterprise Kecil dan Sederhana (EKS) makanan, agensi pembimbing, badan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa badan korporat yang lain telah menghadiri seminar yang dianjurkan.

Agensi yang turut serta termasuklah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Melaka Halal Hub, Serkam, Jabatan Pertanian Negeri Melaka, RISDA, FAMA, PELADANG, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka, MARDI, Jabatan Agama Islam Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka, Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Melaka (UPEB), Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Majlis Perbandaran Jasin , Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), Pacific Food Products Sdn. Bhd, Perfect Food Manufacturing Sdn Bhd, JJP Dry Ice Cleaning Solution Sdn Bhd, Unichem Proline Sdn Bhd, AMD Pest Control (M) Sdn Bhd,dan Polyscientific Interprise Sdn Bhd.

Sepanjang tiga hari seminar berlangsung, pelbagai topik dan isu telah dibincangkan seperti carta alir pemprosesan, pengezonan kawasan kotor dan kawasan bersih, penggunaan bahan farmaseutikal/racun dalam produk makanan dan lain-lain.

Pengarah Kesihatan Negeri Melaka dalam ucapan beliau menggesa EKS agar lebih aktif mendapatkan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan ini di kilang-kilang mereka. Seterusnya merealisasikan Melaka sebagai Hab Makanan Selamat negara.

The Memory of Malacca Safe Food Hub Seminar and Empowering Safe Food Entrepreneurs Workshops